Aku

My photo
Serdang, Selangor
Aku pernah digelar bermacam-macam budak>> budak diploma,budak Ijazah,budak Phd, tapi aku bukan budak Master! Satu yang pasti>> Aku budak yang percaya, mimpi itu pasti~~ kan? hewhewhew nak tanya apa-apa ke? kat sinilah ye>> fsweety4_87@yahoo.com~ adios midoss...

15 Nov 2012

Perihal Mat Jenin

Assalamualaikum...

kata orang
"tak usahlah berangan umpama Mat Jenin lagaknya"

entah kenapa, nama 'Mat Jenin' didenotasikan dengan perihal perbuatan sia-sia
walhal jika kita imbas kembali kisahnya..

Alkisah dikatakan bahawa dahulunya terdapat seorang lelaki yang bernama Mat Jenin,
barang apa pekerjaannya wallahua'lam,,
namun pada suatu hari pergilah Mat Jenin ni memanjat pokok kelapa,

sedang dia memanjat kelapa dia berangan-angan (atau lebih tepat lagi kalau kita gunakan istilah berfikir atau terfikirkan),

fikirnya,

  •      duit hasil pungutan kelapa akan digunakannya untuk membeli beberapa biji telur ayam
  •      kemudian telur tersebut akan dieramnya
  •      seterusnya membiaklah anak-anak ayam 
  •      setelah besar, anak-anak ayam tersebut boleh dijual
  •      hasil jualan tersebut boleh digunakan untuk membeli beberapa ekor anak kambing
  •      setelah agak besar, anak kambing boleh dijual
  •      maka dapatlah dia membeli lembu
  •      begitulah seterusnya sehinggalah dia boleh bergelar ahli perniagaan yang mashyur

namun ironinya,
masyarakat bermati-matian menjadikan Mat Jenin sebagai karekter yang tidak patut diteladani
apakah salah Mat Jenin jikalau tatkala sedang berangan-angan itu dia terjatuh dari pohon kelapa?
justeru kenapakah watak Mat Jenin dimatikan begitu sahaja dalam cerita-cerita rakyat?
adakah dia sengaja gagal dalam merealisasikan angan-angannya?

semua tiada jawapannya bukan?
kenapa?
kerana wataknya sengaja dimatikan di situ
 "mati tatkala sedang berangan-angan"
kenapa?
kerana orang Melayu semestinya telah "diasuh" untuk tidak berpandangan ke hadapan
kenapa
kerana 'mereka' (penjajah) yang mengkehendakkan begitu
kenapa
kerana kalau orang Melayu maju dan tahu berfikir jauh kehadapan, kelak 'angan-angan merekalah yang akan musnah..

jadi,
kenapa harus angan-angan Mat Jenin yang menjurus kepada 'perancangan awal' harus dipersoal sedangkan 'cerita' Mat Jenin belum lagi berakhir bukan?
anda pernah menonton filem yang tergantung ceritanya?
pernah bukan?

siapa tahu,
andai sahaja Mat Jenin masih hidup semua 'angan-angan'nya direalisasi
tidak mustahil bukan
kerana apa
kerana sekurang-kurangnya dia punya perancangan
kerana dia berpandangan jauh
kerana dia berani berangan-angan memasang cita-cita (semestinya percuma)
kerana dia  punya visi dan misi yang hebat walaupun dikatakan orang Mat Jenin orangnya pemalas

andai sahaja Mat Jenin tidak 'mati' dan terus hidup,
namun tidak juga dia mengerjakan angan-angannya,
maka haruslah dikatakan orang
  "angan-angan Mat Jenin"

namun kita tak tahu semua itu
kita tak fikir semua itu
kerana apa
kerana mat jenin 'mati' di situ
mati sebelum sempat mengejar angan-angan
angan-angan yang dikatakan 'dusta'


Oh Mat Jenin,
aduhai nasib,
citamu ditertawai bangsamu,
andai sahaja mereka tahu,
SEMUA PUNYA ANGAN-ANGAN..

jadi;
beranganlah seperti Mat Jenin
namun;
bangkitlah teruskan anganmu
jadi atau tak jadi,
ketentuanNya, itu pasti..


ps: bukan nak mempertikaikan perihal Mat Jenin,
      juga bukan membidas siapa-siapa
      hanya perkongsian pendapat
      berdasarkan penilaian yang waras dan saksama
       ;)
   

<pohon kelapa> tinggi? ;)

    
    

No comments:

Post a Comment