Aku

My photo
Serdang, Selangor
Aku pernah digelar bermacam-macam budak>> budak diploma,budak Ijazah,budak Phd, tapi aku bukan budak Master! Satu yang pasti>> Aku budak yang percaya, mimpi itu pasti~~ kan? hewhewhew nak tanya apa-apa ke? kat sinilah ye>> fsweety4_87@yahoo.com~ adios midoss...

22 Oct 2013

Malam hujan


Saat dingin ini..
waktu sepi ini..
ketika hujan ini..

otak aku masih ligat beroperasi,
mencari jawapan-jawapan yang tidak pernah aku temui..

jawapan tu..
sebenarnya ada dalam otak aku..
tapi macam biasalah, kalau hujan begini..

jawapan-jawapan tu..
tiba-tiba jadi hambar..
tidak memuaskan..

sudahnya,
otak aku harus diasah lagi..
demi menambah perasa kepada jawapan tadi..

tapi sampai sekarang,
jawapan tu masih tak ada rasa..
manis ke.. pahit ke.. masam ke..

entahla..

samada jawapan tu belum aku ketemukan,,
atau diri aku sendiri yang tengah tak ada rasa..

tapi aku pasti..
malam-malam macam ni..
aku mesti mahu cari jawapan..

Ahh cepatlah beredar..
malam hujan..

UPM serdang, 10.41p.m




      Dah nama pun malam.. Tak nampak apa-apa.. 




21 Oct 2013

pandai

Aku ni..
pandai menulis..
pandai... pandai sangat-sangat...

Tapi pandai aku tu..


sampai sini sahajalah..
pandai tulis dalam skrin putih..


Keletak keletok keletak keletok
laksananya tidak..

jadi, jangan jadikan ini semua dogma.
jangan sesekali,.
kerana kini

kalian semua tahu bukan,


aku pandai
pandai sungguh menipu..





Ini pun tipu.. Mana ada yang betul... Pandai.. Pandai sungguh!

3 Oct 2013

Agaknyalah kan


Assalamualaikum...

Baru-baru ni kawan aku kemalangan jalan raya.. ahh patah kaki,, jer.. bukan bukan, patah kaki tu sakit nombor dua.. sakit nombor satu betis dia luka teruk, yelah dah tulang tersembul keluar, jadi agak teruklah tu kan.. tulang besar dia patah.. kata doktor, hmm open fracture la tibia la.. bla bla bla entah aku pun tak reti bahasa doktor.. maka aku diam je sambil membelek google... owhhh begini...



Sampai hari ni aku tak tahu fraktur mana yang kawan aku sedang perjuangkan..
Yang nombor 4 tu mungkin.. Goshhh!


Yang pasti lepas ni kaki dia akan masuk besi macam ni la.. Allah ngilunya.


Tulang kaki kita ada dua; yang kecik dan besar iaitu tibia dan fibula..
Memandangkan doktor kata tulang yang besar, maka tulang dia yang patah ialah tulang Tibia. Gituuu..


Maka inilah gambaran masa depan kawan aku dalam masa beberapa bulan ke hadapan.. Urm yelah..

Dan oleh kerana itu, dia terpaksa tinggal di hospital sampailah kaki dia yang luka tu sembuh..dan oleh kerana keluarga kawan aku tu punya kesulitan untuk menemani dia setiap hari di hospital. Maka bermulalah detik-detik kehidupan di wad hospital yang dikelilingi (metafora) staff nurse atau jururawat ataubahasa pasarnya misi.

Dan kenapa terjadinya cerita ni? cerita ni terjadi memandangkan aku hari-hari memang mengadap macam-mac am jenis misi tapi kebanyakannya perangai sama.. dalam sepuluh orang ada la sorang yang tak sama.. the others 2x5 = makin lama makin kuat timbul rasa terkilan rasa pelik dan paling aku benci dengan diri sendiri boleh timbul rasa jelik tu dalam hati aku.. Ahhh hati busuk!

Entah..
Macam-macam yang aku pikir.

1) Agaknya mereka penat hari-hari kerjakan benda yang sama sampai perasaan dan lali dah beku   macam patung.

2) Agaknya mereka tak suka profession kejururawatan ni.. Ambil pun sebab terpaksa.

3) Agaknya dia ada banyak masalah kot.

4) Agaknya mereka ni memang jenis panas baran atau tak mesra sejak dalam perut mak mengandung.

5) Agaknya gaji mereka ni murah kot maka kerja-kerja yang dia buat tak berbaloi langsung dengan gaji yang diterima..

Tapi,
walau apa-pun, 
Itu semua andaian aku.. dan aku sehabis mungkin cuba berpikir positif dan auta balik segala kenegatifan yang aku pikir kerana aku tahu aku bukan di tempat diorang.. aku tak rasa apa yang mereka rasa.. aku tak pernah melalui hidup sebegitu..

Tapi ada je setan-setan lahanat yang menghentak-hentak kepala otak aku ni untuk terus berfikir.. 
Dan proses berfikir pun bersambung lagi...

1) Ok. Kalau betul lah mereka penat kerjakan benda yang sama hari-hari... Ye kalau betullah begitu.. >>Itukan kerja.. masih lagi statusnya kerja.. nama pun kerja.. orang lain pun sama kan.. yang duduk di kaunter tu.. lagi la kan..
"Selamat pagi"
"Apa boleh saya bantu"
"Terima kasih" 
"Sama-sama"

Ahh aku pernah merasa aku pernah lalui.. aku tahu memang bosan memang jemu memang mengjengkelkan (kadang-kadang) tapi macam aku bagitau tadi.. sudah namanya pun kerja.. KERJA>> UNTUK CARI REZEKI>>DAPAT REZEKI>>DARAH DAGING.. dan kerja itu IBADAH oiii.. belajarlah menerima kerja tu sebagai perbuatan yang dilakukan kerana Allah. entahlah.. cuba-cubalah faham konsep yang satu ni, Insha Allah kalau kau cuba Allah permudahkan.. HAti tu, hati mau ikhlas mau bersih..

Pernah tak pikir perasaan pesakit atau keluarga pesakit tu? Lets see.. kau penat kerja je.. abis-abis bila balik rumah hilang penat.. bila abis kerja boleh bersiar-siar atau keluar shopping.. (contohla) tak pun abis-abis hujung bulan dapat gaji kan.. marah orang, sindir orang, cucuk orang kuat-kuat, muka mencuka, buat dekkk bila orang tanya, jeling kat orang, paling-paling tidak hujung bulan dapat gaji..kan??  gaji tu means dapat imbuhan atas pekerjaan yang kita kerjakan.. adakah apa yang kau kerjakan tu berpadanan dengan kerja yang kau lakukan? (malas nak sebut berkat, aku tak punya hak)

Cuba pikir, kalau tak pikir pun cuba renungkan pesakit tu sah-sahlah sakit.. ada ke orang sakit yang suka duduk hospital? ada ke orang suka-suka dicucuk dengan jarum? ada ke orang yang suka-suka nak bertanya kalau dia dah tahu apa yang dia nak tanya? orang tu kan sakit.. dah sah-sah mental emosi terganggu..sensitif.. maka kalau kau jururawat yang selalu berurusan dengan mereka ni suka layan mereka dengan buruk.. Ya Allah macamana ye agaknya perasaan mereka? cubala.. sekali sekala tu cubalah faham keadaan orang.. sementara kita ni masih sihat.. nikmat sihat belum ditarik oleh Allah, cubalah faham keadaan orang yang sedang diuji nikmat kesihatannya tu..  jadi kalau orang sakit bila kau cucuk jarum perlu ke kau perli-perli "ala sikit je pun" sambil blah? walhal si pesakit tu berkerut-kerut sampai angkat punggung menahan sakitnya sang jarum dalam urat.. bukannya mereka harap kau urut tangan mereka atau pujuk-pujuk pun.. sekurang-kurangnya bahasa tu jagalah.. Kotlah kau buat kerja free kan.. tapi ini bukan soal gaji la.. serius aku tak pertikaikan soal gaji.. tapi apa aku nak tulis.. PERIKEMANUSIAAN.. ke mana ye perginya sifat perikemanusiaan manusia-manusia sekarang ek?? dan kalau lah orang di luar semua tak berperikemanusiaan.. satu-satunya orang yang diharapkan dapat kekalkan kemanusiaan tu ialah jururawat.. sebab kau berurusan dengan orang sakit..

2)
3)
4)
5)

Penat nak tulis.. tak sanggup!
Nanti aku sambung.. Bai!




22 Sept 2013

apa-apalah

Lebih besar, nah rasakan! kumam ketabahan itu.




kenapa ye?
intuisi aku mengatakan,
pena-penaku seakan tiada penamat,
seakan lari dari kewarasan.

Jadi aku pikir,
samada pena aku tiada nokhtah,
atau aku yang tidak pernah ketemu nokhtah!

apa-apalah!



16 Sept 2013

Pagi tadi

Pagi tadi,
aku bangkit dari tidur.. termenung, merenung kipas siling,
lalu,
aku berjanji,
untuk gigih menulis lagi,
nak nak dalam blog usang ni..
berhabuk!

Eh eh,
hari ini hari Malaysia,
patutlah..

Aku bersemangat..

Harap-harap,
semangat tu kekal lama
;)


Paras penuh semangat, konon,..























3 May 2013

manis

Haihaihai~~

janji tu manis..
jadi kalau rasa tidak mampu menelan benda manis..
usah sesekali berjanji...
kelak bernanah kudis kau
kudung kaki kau

itu pun..
kalau kau ada kencing manislah..



                                                manis itu hanya indah khabar dari rupa..

1 May 2013

ngokngeh



ngokngekngokngek
ngekngekngekngekngek
bosan....
ngehngehngehngeh....

pikirlah mau pikir ape pun..
keputusan dalam tangan kau..
pikirlah yang terbaik..
kalau kata itu yang terbaik..
maka terbaiklah tu!

inshaAllah...

adios midosss